Friday, 9 March 2012

LumRah Alam

hmmm...topik ari nie agak skema skit, bosan gak update cerita yang funny setiap kali blogging..Arul pilih tajuk lumrah alam nie sbb nak share ngan korang semua la pasal kehidupan kita di alam ini. Kadang2 kita selalu trbaca komen2 kat fb pasal kes x puas hati la, n ending the story tulis knapa dunia nie x adil bgi ku..Tolong la, bkan dunia ini yang x adil tp manusia sekarang nie yang semakin lupa asal usul. Ade yang kata kenapa aq dilahirkan cacat sebegini. Allah bukan saje2 nak manusia itu dilahirkan didunia ini cacat, tp mungkin ada hikmah di sebalik nya. SEperti yang kita dapat tgk sekarang nie, rama usahawan yang berjaya terdiri daripada golongan yang OKU. come on guys, kita kene bersyukur diatas segala kebaikan yang kita perolehi skunk ini, jagan salah kan takdir semata-mata.
          

       KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan.

     Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.

Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di
Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor.

Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

TIMBA ILMU

Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.
Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.
     Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu
telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya.

Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.

DUA KEDAI BATIK

"Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang.

"Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun.
 Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32,
yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik.
 Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang]diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik'sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.

TOKOH OKU

"Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya.
 Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga 
tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya. Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi.
 Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran
Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001. PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila
diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003.

Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau 
menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.


ini adalah gambar2 orang kurang upaya yang berjaya dalm hidup:











Tuesday, 6 March 2012

Kenangan Di jengka 5

Haha,,,masa yang dinanti-nantikan tok update blog..Walaupun skunk nie time study week tp masih sempat update..haha..K. Post yng baru nie nak cite pengalaman kat jengka lima time mandi sungai,,SUngai beb!!! sejUk!!.. Ari 2 ade membe ajak g umah die, so join la skali sbb kepala otak pown dah nak pecah lepas bertubi2 test yang melanda,, Kitaowg bertolak dri U dalam kol 10 lpas abis test math..Dalam 30 minit sampai la umah member..SAmpai2 makan dulu..lauk malam 2 perghh sedap giler.. Bersyukur dan berterima kasih kepada mak Syha yang sanggup masak masakan ala2 hotel 5 star. MEnu malam 2 udang, ayam, sayur,,KEnyang giler...LPas makan lepak2 la kat teratak Cik MOHD zaIn. Ada plak guitar dpn mata, apa lgi main la..MAin lgu ya sudahlah ttp sound like....haha...practice makes perfect. MAlam 2 tido agak lewat la sebab dah 2 blan x blik umah..even bukan rumah sendiri..Besok ari nya plan nak g mandi sungai tp agak tergendala sedikit sebab ada masalah,,moto x cukup.. PTg 2 sblm nak g mandi sungai, aktiviti menunggang moto rxz..MEmber nak bawak,,bagi la peluang..amboi bapak laju nya bawak..Tp ok la smpai gak jengka 5..
           Sampai je kat Kuala Sentul, lihat permandangan die perghh indahnya dengan pohon2 menghijau, angin sepoi2 bahasa,,terasa bagai di kayangan.. Haha,,matlamat utama nak mandi sungai yang x ramai sgt owg so blh la blajar berenang,,, x malu la sangat,,Paras air sampai leher boh,,LEmas abis macm 2 jer..Time mndi wat la stunt, lipat dalam sungai,,Buat la aksi ala2 penerjun negara..MEmber cabar lak time 2, sbb 2 darah dah menyirap so apa lgi tunjuk la aksi 2.. Salah landing lak time 2, perut himpap air,,senak la perut, merah giler. tp tahn boh. Agak2 dlm 2 jam mandi, time tok balik lak..Sewaktu dlm perjalan 2, ada kemalangan berlaku melibatkan kereta Kancil. Langgar pokok sawit, tp sempat lgi tgk kereta 2. remuk abis la..tp mngsa x de dlm kereta,,Syukur la x de ape2.. SMpai selekoh mane tah, moto lak wat hal..agak panas la plak ati time 2..check  minyak abis lak..mane lak nak cri kedai minyak dalam sawit nie,,nasib baik member tau ada tempat supply minyak.so tunggu la tepi jalan sambil wat muka innocent.. mat2 rempit semua pandang, mane tak nye moto xde cover set,,haha..hayun je la, asal smpai. Sampai2 umah dh maghrib. Badan agak letih la..Malam 2 pulak menu menyelerakan,, Ayam, sup daging, tauhu, ikan bawal merah,,Boleh gemuk dok umah syha mcm nie..MAlm 2 agak sumbat la sebab x de permainan.. Tgk movie la jawab nyer,,, malm 2 tido awal sebab dah ngantuk giler..hmm..masa yang dinanti2 kan untuk pulang...sedih gak la sebb bnyk aktiviti yang x tertunai lgi seperti karoeke.. lain kali lak la...k,,sampai sini je la nak cite sbb dah x de idea, maybe lpas cuti sem kot ade cite bru..skunk nak focus study lu sbb exam just around the corner.